suria

Arteh gagal lolos peringkat akhir, 4 kumpulan bakal berentap rebut gelaran juara Muzikal Lawak Superstar 3

Kumpulan Arteh terpaksa berpuas hati perjuangan mereka berakhir di peringkat separuh akhir.

EMPAT kumpulan iaitu Ubi, Cili, Ood dan Bahroy berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3).

Bagaimanapun menerusi pusingan separuh akhir yang berlangsung pada malam Jumaat, kumpulan Arteh gagal meloloskan diri ke peringkat final.

Menerusi pusingan pertama pertandingan separuh akhir yang bertemakan Tempat Larangan, kumpulan Ubi berjaya memperoleh lima bintang daripada barisan juri tetap.

ubi 1

Ubi berjaya mendapat lima bintang daripada juri.

Manakala Cili mendapat empat bintang sementara tiga lagi kumpulan iaitu Ood, Arteh dan Bahroy terpaksa berpuas hati dengan tiga bintang.

Bagi pusingan kedua yang bertemakan Pusat Perniagaan, Cili dan Ubi mendapat lima bintang manakala Ood, Bahroy dan Arteh dengan tiga bintang daripada juri.

Untuk separuh akhir ini, pihak juri juga tidak boleh menggunakan imuniti mereka bagi menyelamatkan Arteh untuk ke peringkat akhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan kerjaya guru selepas terjun bidang seni? Ramai nasihat Namie ‘Jangan terpengaruh, sayang duit pencen’

Sementara itu, Ubi dinobatkan sebagai penerima Superstar Gempak of The Week di minggu separuh akhir MLS3.

Perlawanan separuh akhir itu diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna.

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahamd manakala Datuk Awie, Siti Saleha dan Najib Ali sebagai juri tetap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain