suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar UTP bakal persembahkan ‘Apai Marcello Show’ di Panggung Bandaraya Oktober depan

Para pelajar Universiti Teknologi Petronas terlibat dalam pementasan ‘Apai Marcello Show’.

SEBUAH pementasan teater berkonsep rancangan bual bicara iaitu Apai Marcello Show akan diadakan selama dua hari bermula 1 Oktober depan anjuran Tronoh Theatre Shop (TTS), yang disertai pelajar Universiti Teknologi PETRONAS, Perak.

Persembahan yang bakal diadakan di Panggung Bandaraya Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu memaparkan pelbagai segmen seperti Projek Timba Dangdut, Bicara Bersama YB dan laporan kaji cuaca berkonsepkan komedi, thriller dan realiti.

Tiket bagi menonton pementasan ini dijual pada harga RM15 (kanak-kanak), RM20 (pelajar) dan RM30 (dewasa).

Apai 2

Apai Marcello Show mengetengahkan pelbagai konsep dalam pementasan mereka.

Orang ramai yang berhajat menyaksikan persembahan ini boleh membeli tiket secara dalam talian di https://linktr.ee/ttsutp

Selain persembahan itu, TTS telah mementaskan beberapa teater seperti Asylum karya Dr Shark, Mahkamah Keadilan karya Taufik Al Hakim dan Nahmar Jamil serta Kerusi karya Hatta Azad Khan.

Setiap tahun TTS berjaya mementaskan persembahan seperti teater sketsa, monolog dan mimes.

TTS juga turut menjuarai Festival Teater Kuala Lumpur 2017 dan layak peringkat akhir Festival Teater Malaysia 2018 menerusi Mahkamah Keadilan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain