suria

Pantang lepas! Nubhan ‘naik hantu’ sudah tiga kali kucing kesayangan hilang, jiran pun mengadu nasib sama

Kucing pertama yang dipelihara Nubhan hilang tanpa kesan.

PENYANYI Nubhan Ahmad berang apabila kucing kesayangan peliharaannya hilang sejak tiga hari lalu dipercayai dicuri oleh orang lain.

Menurut Nubhan, 36, ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku, malah jiran tetangga juga pernah mengadu mengalami nasib sama.

Kata Nubhan, dia tidak menolak kemungkinan ada individu tidak bertanggungjawab telah mencuri kucing-kucing di kawasan berkenaan.

"Kalau sudah tiga kali kucing saya hilang memang boleh buat 'naik hantu'. Beberapa bulan lepas dua ekor kucing saya hilang macam tu je. Memang pelik!

Kehilangan kucing juga memberi kesan kepada anak-anak Nubhan.

Kehilangan kucing juga membuatkan anak-anak Nubhan sedih.

"Bukannya saya mahu menuduh sebarangan, tetapi jiran-jiran di sini juga sering mengadu masalah sama.

"Macam ada kegiatan mencuri kucing pula sekitar kawasan ini. Tak boleh dilepaskan sekejap, mesti terus lesap," katanya kepada mStar.

Nubhan sebelum itu memuat naik satu beberapa video di Instastory miliknya pada Khamis meluahkan rasa marah atas kejadian yang berlaku.

Meskipun kucing tersebut telah dijumpai, Nubhan bimbang perkara sama akan berulang di masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] 27 hari tak balik rumah, Sissy Imann sedih kucing kesayangan rupa-rupanya sudah mati

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bertuahnya isteri Nubhan, dapat hadiah klinik gigi lepas bersalin anak ketiga

Tambah Nubhan apa yang membuatkan dia berasa kesal dan sedih adalah kerana kucing-kucing berkenaan adalah haiwan kesayangan anak-anaknya.

Kehilangan kucing itu sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepada anaknya itu.

"Biasa kucing akan tahu balik sendiri jika dia sesat atau hilang tetapi pengalaman sebelum ini memang tidak balik langsung.

Macam ada kegiatan mencuri kucing pula sekitar kawasan ini. Tak boleh dilepaskan sekejap, mesti terus lesap

NUBHAN

PENYANYI

"Sedihlah apabila kucing yang menjadi kesayangan anak-anak hilang begitu sahaja. Orang yang sudah biasa memelihara haiwan ini akan faham bagaimana perasaannya kehilangan kucing," jelasnya.

Lebih membuatkan Nubhan terkilan lagi apabila kucing pertama yang hilang beberapa bulan lalu adalah dari baka British Shorthair.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain