suria

[VIDEO] 27 hari tak balik rumah, Sissy Imann sedih kucing kesayangan rupa-rupanya sudah mati

Sissy tidak sangka kucingnya ditemui mati selepas 27 hari hilang.

PENYANYI Sissy Imann meluahkan rasa sedih apabila kucing kesayangannya yang hilang selama 27 hari ditemui sudah tidak bernyawa.

Berkongsi kesedihan itu, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil​, berkata, kucing yang diberi nama Ashecat sangat manja dan sentiasa dalam keadaan bersih.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan Sissy Imann, seminggu batuk tak sembuh... Diserang pula gatal-gatal akibat alahan ubat

"Saya rasa inilah pengakhiran, Ashecat. Saya masih ingat yang saya nak sangat bela kucing tapi tak nak renyah bersihkan poop (tahi) sebab tak ada masa.

"Hari-hari cakap bela kucing. Allah baik sangat. Dia betul-betul hantar kucing yang baik depan pintu rumah yang paling senang nak jaga.

"Yang sangat bersih, pandai bawa diri, kalau makanan terjatuh dekat lantai pun dia kutip makan. Manja sangat dan selalu tunggu kita balik kerja," katanya.

Penyanyi lagu Pesanan Ayahanda itu turut memuat naik video kenangan Ashecat di laman Instagram miliknya.

Sissy 1

Sissy bersyukur dengan kehadiran Ashecat.

Rata-rata netizen memahami kesedihan dialami Sissy yang sudah menganggap kucing itu seperti ahli keluarga sendiri.

Dalam pada itu, Sissy berkata, dia tidak sanggup untuk melihat kucing perliharan pertamanya itu mati di depan mata.

"Ramai yang kata kucing kalau dah nak ajal, dia memang akan hilang. Sebab tak nak meninggalkan dunia depan tuan yang dia sayang. Wallahualam.

"Tapi betul juga, kalau dia pergi depan mata... mungkin lebih pecah hati ini. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan kehadiran kamu dan saya sentiasa akan ingat kamu sebagai kucing kesayangan pertama saya. Rest well Ashecat sayang," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain