suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama simpan rahsia, akhirnya Halim Othman akan bawa Myra balik beraya di Terengganu

Halim nak bawa Myra balik kampung.

SELEPAS pendedahan mempunyai cahaya mata, pengacara Halim Othman berniat untuk membawa anak tunggalnya iaitu Myra Natasya balik beraya ke kampung halamannya di Terengganu.

Halim, 56, berkata, dia ingin memperkenalkan Myra yang juga seorang pengacara dan pelakon kepada kawan-kawannya selepas 27 tahun menyimpan rahsia itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Halim Othman tiada dokumen namun sedia jumpa JPN, Myra Natasya pula rasa tidak perlu ubah nama

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen selongkar biodata anak Halim Othman, hairan Myra Natasya guna ‘binti Abdullah’... Rupa-rupanya menikah di Thailand

"Saya punya niat nak bawa dia jalan-jalan selepas dah diumumkan dan jadi public (hubungan anak-beranak), saya nak bawa dia balik ke Terengganu. Ramai kawan-kawan saya yang nak jumpa dia.

Myra seperti hadiah misteri dan akan terbongkar pada waktu yang sesuai.

HALIM OTHMAN

PENGACARA

"Tapi raya pertama saya akan hormati hak ibunya, biarkan dia beraya dengan ibunya dahulu di Kuala Lumpur, lepas itu mungkin bawa lari," ujarnya.

Halim berkata demikian dalam satu temu bual menerusi program MeleTop pada malam Selasa.

halim othman 1

Halim anggap Myra seperti hadiah misteri buatnya.

Sementara itu, ketika ditanya pengacara Uyaina Arshad mengapa baru sekarang mendedahkan rahsia itu, Halim berkata, apa yang berlaku mungkin sudah tertulis.

"Myra seperti hadiah misteri dan akan terbongkar pada waktu yang sesuai. Bagi saya semuanya dah tertulis.

"Masa saya sedang mengacarakan Roda Impian tahun 1996, Myra ketika itu baru umur setahun dan saya selalu terfikir nak bawa dia datang ke sini (studio 1), tak sangka akhirnya selepas 26 tahun dia jejakan kaki di sini," ujarnya.

Untuk rekod, Myra merupakan anak Halim dengan bekas isterinya yang lahir pada tahun 1995 selepas setahun mendirikan rumah tangga di Thailand.

Menerusi temubual bersama mStar pada 15 April lalu, Myra bersyukur bapanya bersetuju untuk mendedahkan hubungan sebenar mereka selepas 27 tahun menyimpan rahsia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain