suria

Berjayakah 4 sahabat baik ini menyelesaikan misteri penyiasatan? Semuanya bakal terjawab dalam ‘Skuad Detektif KBAT’

4 sahabat baik menyelesaikan misteri menggunakan kemahiran berfikir secara kritis.

SEGALA persoalan bakal terjawab apabila empat sahabat baik dalam Skuad Detektif KBAT memulakan siri penyiasatan bagi menyelesaikan misteri menggunakan kemahiran berfikir secara kritis.

Bersiaran menerusi saluran Astro Ceria dan Astro Tutor TV SK, siri komedi berbentuk edutainment ini akan membawa penonton bersama-sama menyelesaikan satu demi satu misteri dalam usaha mendedahkan kebenaran.

Berkongsi mengenai siri terbaharu ini, Ketua Kandungan Kanak-Kanak dan Pendidikan Astro iaitu Farah Fauzana berkata pihaknya berharap penonton terutamanya kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran KBAT mereka menerusi tontonan siri berkenaan.

"Kami teruja untuk menawarkan edutainment terbaharu kami, kandungan original oleh Astro Kids di mana ibu bapa dan anak-anak dapat menikmatinya tahun ini.

kbat 2

Skuad Detektif KBAT bersiaran setiap hari Rabu pukul 3 petang.

"Kami berharap melalui Skuad Detektif KBAT, golongan kanak-kanak dapat belajar tentang kerja berpasukan dan persahabatan, sambil meningkatkan kemahiran mereka dalam KBAT menerusi siri ini," katanya.

Skuad Detektif KBAT mengisahkan tentang empat rakan karib iaitu Khai lakonan Adam Darwisyh, Brian lakonan Isaac Lim, Ana lakonan Airene Adriana dan Trisha lakonan Alyssa Dezek bekerjasama menggunakan teknik KBAT untuk mendedahkan kebenaran seorang pencuri berlian antarabangsa.

Program ini juga dibintangi oleh pelakon popular Catriona Ross dan pelawak Douglas Lim.

skuad kbat

4 sahabat baik selesaikan misteri dalam Skuad Detektif KBAT.

Bagaimanapun, semasa mereka menyelesaikan satu demi satu misteri dengan kemahiran KBAT, mereka tidak menjangka ancaman yang bakal mereka hadapi.

Selain itu, terdapat juga Misi KBAT Hebat di mana setiap minggu penonton boleh menyertai kuiz dengan mengimbas Kod QR dan merebut peluang memenangi hadiah mingguan dan hadiah utama yang menarik.

Bersiaran sebanyak 12 episod, Skuad Detektif KBAT ditayangkan bermula 21 September lalu setiap hari Rabu jam 3 petang di Astro Ceria (Saluran 611), Astro Tutor TV SK (Saluran 601), On Demand dan aplikasi Astro GO.

Dalam perkembangan lain, Astro Kasih telah menyediakan Astro Boxes kepada 10,000 sekolah kerajaan, asrama pelajar dan banyak lagi dengan 13 saluran pembelajaran termasuk Astro Ceria dan Astro Tutor TV SK untuk mendidik dan menambah ilmu di kalangan anak-kanak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

TONTON TRAILER SKUAD DETEKTIF KBAT INI!

Artikel Lain