suria

Mawar Rashid hamil anak ketiga, alami alahan teruk sampai terpaksa berkurung dalam bilik

Mawar akui kehamilan kali ini lebih mencabar.

PELAKON Mawar Rashid berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan sudah memasuki lima bulan.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan mawar Sahputri Wan Abdul Rashid, 27, dia tiada niat merahsiakan kehamilan kali ini, namun sedia berkongsi berita baik itu apabila kandungan sudah benar-benar kuat.

"Kita tak ada perancangan apa-apa tapi sebab kawan-kawan pun dah mula tanya. Komen-komen di Instagram pun ramai dah boleh agak.

Mawar dan suami bakal timang anak ketiga.

"Tapi Alhamdulillah, kandungan dah sampai lima bulan dan semakin kuat," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Mawar juga memaklumkan bahawa kehamilan kali ini agak mencabar buat dirinya sekaligus kagum dengan pengorbanan ibu-ibu yang lain.

"Sebenarnya alahan kali ini memang paling teruk, terkejut saya... tapi rasa berbanggalah dengan ibu-ibu dekat luar sana yang lalui Mawar lalui ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tegur loghat Thailand Mawar Rashid nampak tak ori... Siap tuduh guna Google sebelum cakap!

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan Mawar Rashid turun 5 kg, sebulan hilang selera makan gara-gara Covid-19

"Saya kena alahan yang sangat-sangat teruk, kehamilan sebelum ini sebenarnya sangat sikit. Kali ini sampai masuk air dekat hospital, masuk ubat sebab tak boleh nak telan apa-apa. Sampai orang cakap boleh mentallah!

"Untuk timester pertama muntah hari-hari, minum dan makan tak boleh... dehydration sampai kena ke hospital. Tapi tak sanggup nak tinggal lama di hospital sebab nanti stres," kongsinya.

Mawar turut memaklumkan kandungan kali ini juga dia terpaksa duduk di dalam bilik kerana tidak boleh terhidu bauan lain selain di dalam biliknya.

Hamil kali ini saya terpaksa berkurung dalam bilik.

MAWAR RASHID

PELAKON

"Saya tak boleh keluar bilik langsung, hanya berkurung dalam bilik. Rasa teruknya kali ni, sampai nak buat kerja pun tak boleh. Tengok gambar ke nak buka Instagram lama-lama tak boleh. Dia rasa pening!

"Nasib baik al-Quran boleh tengok, banyak termenung tapi Alhamdulillah ada sokongan suami yang uruskan, mummy dan adik beradik yang sangat-sangat supporting dan sentiasa doakan. Sebenarnya saya takut juga benda ni berlarutan selama sembilan bulan," katanya lagi.

Mawar bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila alahan tersebut hanya berlanjutan selama tiga bulan dan kini dia sudah boleh melalui rutian harian seperti biasa.

Mawar akui dikejarkan ke hospital kerana alahan.

"Alhamdulillah, dah boleh makan dan minum. Saya juga dah boleh keluar rumah dan tiada lagi sensitif pada bau," ujarnya.

Untuk rekod, Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain