suria

Sedar kurang popular tapi Nizam Jentik-Jentik bangga sertai banyak program besar… Seronok buat lawak bahan diri sendiri

PELAWAK Nizam Jentik-Jentik tidak kisah jika dirinya masih belum dikenali walaupun sudah membuktikan kemampuan menduduki tempat keempat program Maharaja Lawak Mega 2021 dan terbaharu bersaing di pentas Muzikal Lawak Superstar musim ketiga.

Kata Nizam atau Mohd Nornizam Mohd Yusof, dia tidak kisah jika namanya tidak sepopular pelawak lain, namun bersyukur kerana diberikan peluang menyertai program berkenaan.

“Betullah saya tak dikenali sangat... tapi saya dah jadi pengacara travelog dan masuk rancangan-rancangan besar sampai ke final.

“Tak ramai yang dapat peluang yang saya dapat walaupun saya kurang dikenali tetapi ada penanda aras yang boleh saya banggakan.

“Saya pertama kali sertai final Maharaja Lawak Mega 2021, kebanyakan orang dah cuba lima, enam kali tapi tak pernah lagi sampai ke pentas akhir,” katanya kepada mStar.

Terbaharu, Nizam bersama kumpulan Bahroy merupakan antara finalis Muzikal Lawak Superstar musim ketiga yang akan bersaing merebut gelaran juara musim ini pada Jumaat depan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi