suria

Sambut kepulangan Shuk dari Tanah Suci, Rossa Sera jaga hubungan baik walau tidak lagi bersama... “Amanah bukti cinta kita dulu”

SELEPAS dua minggu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah, pengacara dan pelawak Shuk Sahar akhirnya selamat pulang ke Malaysia.

Menerusi perkongsian di Instagram Rossa Sera, dia dilihat menyambut ketibaan Shuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama anak-anaknya.

Meskipun tidak lagi bersama, Sera atau nama sebenar Rossalenah Natassyaih Asshaferah berkata dia tetap akan menjaga hubungan baik dengan pelawak itu demi anak-anak.

serra

Sera sebelum ini turut menghantar Shuk ke lapangan terbang bagi menunaikan umrah.

"Terima kasih sentiasa mencuba jadi ayah yang terbaik. Sama-sama kita jaga hubungan untuk amanah ini ya.

"Amanah yang menjadi bukti cinta kita dahulu. Kita besarkan mereka sama-sama ya. Semoga awak dah dapat ketenangan.

"Semoga shuk jadi ayah terbaik untuk anak-anak walaupun kita dah tak bersama," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video hantar Shuk Sahar tunai umrah, Rossa Sera titip pesan minta banyakkan doa

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar kongsi foto tunai umrah tapi komen Fara Salleh pula jadi perhatian... netizen doa ‘semoga cepat berjodohan’

Dalam rakaman video yang dikongsi itu, Shuk atau nama sebenar Mohammmad Shukri Mohamed Sahar dilihat memeluk erat kedua-dua anaknya itu.

Sementara itu, rata-rata pengikut meninggalkan komen mendoakan agar pasangan ini terus menjaga hubungan baik demi anak-anak.

serra1

Netizen memuji kekuatan Sera yang berkorban demi anak-anak.

Malah, ada juga yang berharap agar kedua-duanya kembali bersama seperti dahulu.

"Semoga yang baik-baik sahaja. Perkara lepas jadikan pengajaran. Untuk Shuk jangan sia-siakan peluang yang diberi oleh isteri.

"Semoga korang berjaya jadi ibu dan ayah yang terbaik. Tidak bersama bukan bererti kita bermusuhan kan.

"Tidak mengapa, ada situasi di mana tak perlu sebumbung untuk membesarkan anak yang hebat. Sera kuat!.

"Baiknya Sera! Semoga dipermudahkan segalanya untuk awak dan anak-anak," tulis netizen.

Pada 15 September lalu, Sera memuat naik rakaman momen Shuk bersama anak-anak semasa menghantar pelawak itu mengerjakan ibadah umrah.

Untuk rekod, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.

Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain