suria

[VIDEO] Bukan lagi seorang cikgu! Namie akhirnya mengaku sudah tinggalkan kerjaya guru, tolak tepi tohmahan ‘tak sayang pencen’

SEKIAN lama mengunci mulut, akhirnya pelawak Namie mengakui dia tidak lagi bergelar seorang guru dan sudah meninggalkan kerjaya pendidik itu sejak Mac lalu.

Menurut Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, 26, dia terpaksa merahsiakan mengenai perkara itu atas alasan tertentu, namun menegaskan keputusan itu dibuat bukan disebabkan penyertaannya dalam Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3).

"Selepas bekerja dalam industri hiburan, saya tolak tepi segala tohmahan orang ramai yang mengatakan saya tidak sayang pencen.

"Kalau nak cakap saya menyertai MLS3 ini jadi punca saya berhenti kerja sebagai guru, jawapannya tidak kerana saya sudah meninggalkan kerjaya itu sejak bulan Mac lagi.

namie1

Akhirnya Namie lega selepas melepaskan kerjayanya sebagai guru.

"Saya minta maaf kerana terpaksa menyembunyikan perkara ini disebabkan tidak mahu mengganggu kesihatan mental dan privasi," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kreatif, idea luar biasa”... Ubi tepati ramalan muncul juara ‘Muzikal Lawak Superstar 3’

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan kerjaya guru selepas terjun bidang seni? Ramai nasihat Namie ‘Jangan terpengaruh, sayang duit pencen’

Namie ditemui sejurus kemenangannya bersama kumpulan Ubi di pentas final MLS3 yang berlangsung pada malam Jumaat.

Sementara itu, pelawak ini juga memaklumkan keadaan mental dan fizikalnya bertambah baik selepas membuat keputusan meninggalkan kerjaya guru itu.

Dia bagaimanapun masih dalam proses membiasakan diri bergelar seorang anak seni.

"Kalau ditanyakan tentang saya sudah bersedia daripada segi mental untuk menceburi dunia hiburan ini, terus terang saya katakan mental saya sudah lebih tenang sekarang.

"Apa yang saya boleh cakap, mental saya kini sangat-sangat tenang. Cuma apa yang saya kena hadap selepas ini adalah perkara yang saya belum tahu lagi.

"Jadi, kalau nak rasa mental atau fizikal tu kuat ke tidak, saya kena laluinya terlebih dahulu

"InsyaAllah, saya yang pilih jalan ini, mahu atau tidak saya kena sentiasa bersedia," tambahnya,” ujarnya.

namie

Namie bersama kumpulan Ubi, Fad Bocey dan Sharif Zero.

Berkongsi tentang perancangannya selepas ini, Namie menyimpan impian untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM) dan terus kekal bersama kumpulan Ubi.

"Saya ada banyak impian dalam hidup. Perkara yang saya minat itu memang saya ikut sejak dulu lagi.

"Alhamdulillah saya sudah berjaya di MLS3 dan selepas ini MLM merupakan target saya yang kedua.

"Secara peribadinya saya nak kekal bersama kumpulan Ubi, namun terpulang dengan rezeki dan permintaan daripada peminat juga," katanya.

MLS3 menyaksikan kumpulan Ubi dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie diangkat menjadi.

Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain