suria

Foto Lee Min Ho, Yeonwoo ‘dating’ tersebar... peminat lega selepas agensi sahkan hanya kawan biasa

Pasangan ini dikatakan bertemu di sebuah lokasi, awal Ogos lalu.

NAMA pelakon Lee Min Ho kembali menjadi bualan hangat peminat apabila dikhabarkan kini sedang menjalinkan hubungan dengan bekas ahli kumpulan Momoland iaitu Yeonwoo.

Portal hiburan Dispatch melaporkan pasangan ini sudah bercinta hampir lima bulan, lebih menguatkan spekulasi apabila tersebar mereka menghabiskan masa berdua, baru-baru ini.

Menafikan dakwaan tersebut, agensi pengurusan Lee Min Ho iaitu MYM entertainment menjelaskan kedua-dua selebriti ini tidak mempunyai sebarang hubungan dan hanya berkawan biasa sahaja.

Agensi turut memaklumkan foto tular itu bukan hanya melibatkan mereka berdua, sebaliknya ada juga rakan-rakan lain yang berada di lokasi berkenaan.

lee min hoPasangan ini dikatakan sudah bercinta sejak lima bulan lalu.

Sementara itu, nama Lee Min Ho menjadi trending di laman sosial Twitter berikutan gosip cinta tersebut.

Rata-rata peminat mula kecewa dan patah hati apabila membaca laporan berita aktor kesayangan mereka dikatakan sudah mempunyai kekasih, namun mereka kembali lega selepas agansi artis itu mengeluarkan kenyataan menafikan perkara berkenaan.

Bagaimanapun, segelintir peminat pula menyokong hubungan itu dan menganggap pelakon itu juga mempunyai hak untuk bahagia.

Dalam pada itu, sumber terdekat memberitahu aktor kacak itu kini lebih terbuka berkongsi mengenai hubungan istimewa.

"Lee Min Ho selalu jujur tentang cintanya. Dia tak peduli apa yang orang fikir tentang hubungannya dan dia juga tak pernah menyembunyikan sesuatu," kata sahabatnya itu.

Sebelum ini beberapa portal hiburan melaporkan Lee Min Ho dan Yeonwoo berkongsi minat yang sama dan sering meluangkan waktu berdua.

Namun sehingga kini, kedua-dua pihak masih mengunci mulut mengenai gosip cinta tersebut.

SUMBER: Soompi

Artikel Lain