suria

Tiada duit nak beli susu... Fairuz A Rafiq ‘struggle’ besarkan anak seorang diri lepas cerai dengan Galih Ginanjar

Fairuz besarkan anak sendirian selepas bercerai dengan Galih.

PELAKON Fairuz A Rafiq berkongsi pengalaman pilu sepanjang membesarkan anak tunggalnya, King Faaz selepas bercerai dengan suami, Galih Ginanjar pada 2014.

Menurut laporan Suara.Com, Fairuz berkata dia bekerja keras menyediakan keperluan anak lelakinya itu sehinggalah bertemu jodoh dengan Sonny Septian.

"Selama saya membesarkan Faaz, ada satu masa saya tidak mampu beli susu... saya buat apa sahaja kerja yang halal dari pagi sampai saya tak ada masa sendiri.

"Yang penting saya boleh besarkan Faaz, bagi dia sekolah dan bahagiakan dia. Alhamdulillah sampai sekarang saya boleh beri dia kebahagiaan. Kemudian datang pula Sonny yang melengkapkan kehidupan dan kekosongan kami.

fairuz 1

Fairuz bersama suami, Sonny dan anak King Faaz.

"Saya bersyukur dapat besarkan dia jadi anak yang baik dan tahu agama. Saya tak pernah burukkan bapanya, sampai sekarang saya tak pernah bercakap benda itu.

"Tapi setiap kali berbual dengan Faaz, dia seperti tahu ibunya ini tersakiti, dari dulu dia merasakan hal itu. Tapi apa pun yang berlaku ini membuatkan saya jadi kuat... saya kuat kerana dia (Faaz)," katanya dalam program Okay Boss Trans7.

Selepas bercerai dengan Galih, Fairuz berkahwin pula dengan Sonny pada 21 Mei 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain