suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Channing Tatum 'follow' 4 akaun peminat Zoe Kravitz punca hubungan cinta dihidu netizen

Channing dan Zoe masih berdiam diri mengenai spekulasi mereka bercinta.

KHABAR angin mengenai pelakon filem The 21 Jump Street, Channing Tatum kini sedang bercinta dengan aktres Zoe Kravitz kembali hangat diperkatakan.

Memetik laporan Hollywoodlife, netizen mula membuat spekulasi mengenai hubungan cinta pasangan itu selepas mengikut akaun kelab peminat aktres itu.

Malah, Channing Tatum juga difahamkan merupakan peminat terbesar Zoe apabila dia mengikuti empat akaun Instagram mengenai aktres berusia 32 tahun itu.

Pasangan itu dikatakan mula bercinta sejak beberapa bulan selepas aktres itu memfailkan perceraian terhadap suaminya iaitu Karl Glusman.

Bagaimanapun sekitar Januari lalu, sumber terdekat menerusi laporan People menegaskan tiada hubungan istimewa antara mereka namun hanya kerjasama dalam sebuah projek.

"Mereka hanya bekerjasama dalam sebuah projek akan datang dan gosip mereka bercinta itu tidak benar," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain