suria

Padah terlanjur ucap terima kasih pada pandemik Covid-19… penyanyi popular China dikecam netizen

Liu Yuxin dikecam netizen kerana ucap terima kasih pandemik.

PENYANYI popular dari China, Liu Yuxin menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara video temubual yang dimuat naik di laman sosial.

Menurut laporan 8days, penyanyi berusia 24 tahun itu dikritik hebat netizen hanya kerana mengucapkan terima kasih kepada pandemik Covid-19.

"Saya ingin berterima kasih untuk pandemik ini kerana hal itu menyebabkan semua orang menonton program televisyen di rumah," katanya ketika ditanya apa dalam fikirannya sepanjang setahun ini.

Jawapan yang diberikan Liu Yuxin itu menyebabkan segelintir netizen berasa kurang senang kerana pandemik Covid-19 telah mengakibatkan ramai sengsara dan memberi kesan buruk kepada masyarakat di seluruh dunia.

liu yuxin 2

Liu Yuxin dikecam netizen di laman sosial.

Bagaimanapun peminat Liu Yuxin tidak berdiam diri, sebaliknya tampil mempertahankan penyanyi kesayangan mereka itu.

Ujar peminat, video temubual itu telah disunting hingga ucapan asal lari daripada maksud sebenar.

Lalu mereka berkongsi rakaman penuh temubual yang ternyata berbeza daripada maksud yang cuba disampaikan.

Dalam temubual itu, Liu Yuxin berkata pandemik ini membuatkan lebih ramai orang duduk di rumah dan menonton televisyen, secara tak langsung memberi peluang kepada dirinya untuk menghiburkan masyarakat.

Malah, dia turut berterima kasih kepada petugas kesihatan di atas kerja keras mereka selama ini.

Sayangnya netizen terburu-buru mengecam Liu Yuxin berdasarkan video pendek sebelum ini.

Enggan diboikot netizen, Liu Yuxin membuat permohonan maaf secara terbuka atas ucapannya itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain