suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunjuk minat untuk kolaborasi, Missy Elliot tunggu panggilan BTS

Peminat mahu melihat kerjasama Missy Elliot dengan BTS.

PENYANYI rap Missy Elliott memberi bayangan dia berminat untuk berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS.

Menerusi laman Twitter, seorang peminat meluahkan rasa teruja ingin melihat kerjasama antara dua nama besar dalam industri muzik.

"Tolong Missy Elliot berkolaborasi dengan BTS. Saya tidak mahu tinggalkan dunia ini tanpa sesuatu daripada kalian," tulis individu tersebut.

Missy Elliot turut membalas status itu dengan mengatakan sudah tentu dia berminat dengan cadangan itu dan berharap BTS akan menghubunginya untuk bekerjasama.

"Sudah tentu ia panggilan daripada mereka, saya akan bersetuju," katanya.

Tweet tersebut mendapat perhatian peminat mereka yang teruja dengan kenyataan Missy Elliot itu.

Malah, Missy Elliot juga membalas setiap maklum balas peminat dengan memberikan emoji berbentuk 'love'.

Sumber - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain