suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Seung Gi buat kejutan kepada Sehun (EXO), hantar 'coffee truck' di set penggambaran

Sehun dan Seung Gi mula rapat sejak bekerjasama dalam program variasi dua tahun lalu.

PERSAHABATAN yang terjalin antara pelakon Lee Seung Gi dengan ahli kumpulan EXO iaitu Sehun mula mendapat perhatian peminat kedua-dua selebriti itu.

Baru-baru ini, Seung Gi membuat kejutan kepada Sehun dengan menghantar sebuah coffee truck di set penggambaran penyanyi dan pelakon itu.

"Seung Gi berikan saya coffee truck," tulis Sehun yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi laman Instastory milik Sehun berkongsi foto dia memegang cawan yang memperlihatkan gambarnya dengan tulisan 'An expensive cup just for me'.

Hubungan rapat antara Lee Seung Gi dan Sehun mula terjalin selepas mereka membintangi program variasi berjudul Busted.

Sumber - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain