suria

Mira Filzah minta tip susukan bayi, yang penting tak nak stres... Akaun IG anak kini lebih 37,000 pengikut

Akaun Instagram anak Mira dan Wan Emir iaitu Wan Khair Amir kini mencecah lebih 37,000 pengikut.

SEPULUH hari bergelar seorang ibu, pelakon Mira Filzah mula membuka ruang pertanyaan memohon perkongsian daripada netizen mengenai penyusuan bayi di Instastory miliknya.

Teruja dengan banyak perkongsian yang diterima, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata setiap ibu mempunyai cara tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah dipuji tetap cantik selepas bersalin, netizen harap tak tampal ‘sticker’ pada wajah anak

Menurut pelakon berusia 29 tahun ini, dia memperolehi banyak ilmu menerusi perkongsian itu dan berharap tidak berdepan dengan masalah tekanan.

Mira Filzah

Mira buka ruang untuk perkongsian tip.

"Banyak sangat respons yang Mira dapat. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian. Lain orang, lain cara. Bergantung kepada para ibu dan bayi juga.

"Selain gaya hidup, kerja dan sebagainya. Tapi dengan baca pengalaman orang lain, banyak yang Mira boleh belajar juga.

"Tak kisah macam mana pun, paling penting tak nak stres!" kata Mira menerusi Instastory.

Tapi dengan baca pengalaman orang lain, banyak yang Mira boleh belajar juga.

MIRA FILZAH

PELAKON

Menerusi paparan skrin, Mira berkongsi beberapa tip dan pengalaman netizen yang ada antara mereka juga baharu melahirkan anak.

Sebelum ini, Mira menerusi laman Instastory membuka ruang soalan dengan memohon cara para ibu mengimbangkan menyusu badan dengan menyusu menggunakan botol.

"Macam mana mommies imbangkan menyusu badan dengan menyusu guna botol atau pump susu awal-awal ini," tanya Mira.

Mira yang juga seorang pengacara melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu bersamaan 9 Syawal.

Mira Filzah

Mira dah suami masih belum kongsi wajah penuh anak mereka.

Dalam pada itu, pelakon drama The Hotel ini juga sudah membuka sebuah akaun Instagram untuk anaknya dengan menggunakan nama Wankhairamir.

Menerusi tinjauan mStar, akaun Instagram itu sudah mencecah lebih 37,000 pengikut dan hanya mengikuti laman sosial Mira dan suaminya, Wan Emir Astar.

Biarpun sudah ramai pengikut namun Mira dan suaminya, Wan Emir atau Wan Emir Astar Wan Mohammad masih belum berkongsi sebarang foto di akaun Instagram tersebut.

Mira mendirikan rumah tangga dengan anak Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain