suria

Jasmin Hamid minta netizen jaga adab, tersinggung baca komen macam ibu dan anak... Sudah rezeki bersuami muda

Jasmin bengang komen netizen persoal suami muda.

ENAM bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa tersinggung apabila terdapat segelintir netizen yang masih melemparkan kata-kata hinaan terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahim.

Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, mengakui kata-kata yang menyamakan dia dan suami seperti ibu dan anak sedikit sebanyak melukakan hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid tak pernah jangka dapat kahwin lagi dengan anak teruna, buka cerita kenapa hanya minta hantaran keperluan solat

ARTIKEL BERKAITAN: Hati Vida tersentuh Jasmin Hamid tak ‘tekan’ suami minta hantaran tinggi, ikhlas bina rumah tangga - “Sekarang musim janda berkahwin ke?”

"Tolonglah jaga adab, ini suami bukan anak saya! Rezeki saya bersuamikan lelaki muda.

Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami

JASMIN HAMID

PELAKON

"Saya terkilan ada beberapa komen netizen yang kata kami macam ibu dan anak sehingga ada yang kata tidak sesuai kerana nampak muda sangat.

"Ada juga yang ingat suami saya mata duitan yang hanya mahukan duit saya.

"Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami," katanya ketika dihubungi oleh mStar.

Untuk rekod, Jasmin berkahwin dengan pengurusnya Nazmir Abd Rahman, 36, pada November lalu.

Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini berkata, komen negatif sedemikian hanya merosakkan emosi dan jika ia berlarutan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Perkara ini tidak boleh didiamkan dan jika saya lihat mereka masih lagi komen seperti itu, saya akan ambil tindakan yang sepatutnya," ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin turut mendoakan orang lain yang belum bertemu jodoh agar dipermudahkan urusan dan segera bertemu temu teman hidup.

Dia juga menasihatkan wanita lain yang mengalami nasib yang sama agar mempertahankan hak mereka untuk bahagia.

"Semoga Allah kirim jodoh yang baik-baik buat sesiapa yang masih belum bertemu jodoh.

"Saya juga menasihatkan wanita senasib dengan saya agar mempertahankan hak anda sebagai seorang isteri.

"Percaya dengan rezeki Allah dan kuatkan semangat kerana semua orang berhak untuk bahagia," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu