suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elly Mazlein ada sebab tutup wajah anak di IG, minta Kak KM tak sentuh cara orang jaga privasi

Elly ada sebab tutup wajah anak di media sosial.

PENGACARA dan penyanyi Elly Mazlein menganggap tindakan menutup wajah anak di media sosial adalah pilihan masing-masing.

Tidak bersetuju dengan pendapat usahawan jamu Kak KM, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkata, dia berbuat demikian bagi mengelakkan anak-anaknya terdedah ke dunia glamor.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM rimas artis suka sorok wajah anak baru lahir, tak perlu takut kena santau kalau niat baik

“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom (panggilan dirinya) jauh dari dunia glamor. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.

“Jangan pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content,” ujarnya.

Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih

ELLY MAZLEIN

PENYANYI & PENGACARA

Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan, 31, pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang kini berusia tujuh bulan.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Elly dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

EllyElly belum tunjuk wajah anak keduanya, Haider Mateen.

Dalam pada itu, Elly meminta usahawan yang juga anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu masuk campur dalam urusan ibu bapa lain menjaga anak mereka.

“Jangan sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.

Sebelum ini, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menegur segelintir artis yang gemar menutup wajah anak dengan sticker di media sosial.

Menurutnya, perkara berkaitan takut disantau atau dikenakan ilmu sihir tidak seharusnya dibimbangkan jika individu tersebut tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia