suria

Kes cerai Amar Asyraf, Vivy Jeffry akhirnya selesai selepas tiga tahun lafaz talak

Vivy lega kes cerai akhirnya selesai.

BEKAS isteri kepada pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry meluahkan rasa lega apabila kes perceraiannya dengan aktor tersebut akhirnya selesai selepas hampir tiga tahun mereka berpisah.

Amar membuat pengesahan cerai terhadap Vivy di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur pada Khamis selepas dia melafazkan talak tiga terhadap wanita itu pada 4 November 2019.

Menurut Vivy, kes perceraian mereka tertangguh selama ini akibat dokumen yang tidak lengkap dan beberapa masalah lain berlaku di pihak bekas suaminya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Amar Asyraf ceraikan isteri kedua talak tiga - “Saya reda dan tiada dendam tapi tolonglah selesaikan di mahkamah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya isteri kedua Amar Asyraf munculkan diri - “Ibu selalu cakap, kita jangan buka aib suami”

“Proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat dokumen yang tidak lengkap selain banyak perkara yang berlaku daripada pihak Amar.

“Saya sentiasa berdoa agar proses pengesahan lafaz cerai ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh.

“Semuanya sudah berakhir hari ini. Saya lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang,” katanya seperti yang dipetik dari Harian Metro.

Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh

VIVY JEFFRY

Reda dengan ketentuan yang telah berlaku, Vivy juga tidak pernah rasa kecewa atas perpisahan tersebut.

Selain mahu menjalani kehidupan seperti biasa selepas bercerai, Vivy juga berjanji akan memberi fokus untuk membesarkan anak hasil perkahwinan mereka iaitu Mikhail.

"Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa.

amar asyraf 2

Amar bersama isteri pertamanya, Arna.

“Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja,” ujarnya.

Vivy merupakan isteri kedua Amar dan mereka mendirikan rumah tangga beberapa tahun sebelum membuat pendedahan pada Oktober 2019.

Sementara itu Amar dan isteri pertamanya Arna Salleh berkahwin pada 7 Jun 2013 dan hasil mereka kini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain