suria

Digosipkan putus cinta dengan Niezam Zaidi, Farisha Iris buka mulut tentang kek bertulis ucapan ‘breakup’

Farisha jelaskan ucapan pada kek tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

GARA-GARA memuat naik foto kek tertulis ‘tahniah atas berita putus cinta anda’, penyanyi Farisha Iris didakwa putus cinta dengan pelakon Niezam Zaidi.

Enggan berdiam diri, Farisha, 23, menjelaskan bahawa kek yang diterima daripada pelakon Bella Dowanna itu tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Penyanyi lagu Bebel ini juga menegaskan dia dan aktor berkenaan tidak pernah bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa berkawan, Farisha Iris tak sangka Niezam Zaidi kongsi foto berdua... Puji penyabar, ‘soft spoken’ orangnya!

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi gambar dengan Farisha Iris, Niezam Zaidi harap netizen berhenti cerita bukan-bukan

“Dari mana datangnya cerita putus cinta kalau tak start lagi? Saya hendak jelaskan di sini bahawa saya dan Niezam hanyalah sekadar berkawan sahaja.

“Kami tidak pernah bercinta dan masih lagi berhubung dengan baik. Jadi tak timbul isu percintaan sudah berakhir,” katanya.

Tambah Farisha, kek tersebut telah lama diterima dan hanya berkongsi di media sosial miliknya baru-baru ini.

Kami tidak pernah bercinta dan masih lagi berhubung dengan baik. Jadi tak timbul isu percintaan sudah berakhir

FARISHA IRIS

PENYANYI

“Tentang kek tersebut sebenarnya dah lama. Saya baru sahaja kongsi di media sosial beberapa hari lepas,” jelasnya.

Dalam temubual bersama mStar sebelum ini, Farisha memberitahu dia selesa berkawan dengan Niezam selepas mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Pukul Mersing sekitar Mac lalu.

Hubungan rapat mereka mula menjadi bualan apabila Niezam memuatnaik gambar berdua dengan ucapan ‘selamat hari lahir’ kepada penyanyi itu pada 28 April lalu.

farisha iris 2

Farisha akui selesa berkawan rapat dengan Niezam.

Sementara itu, bercakap soal jodoh, Farisha berkata, dia tidak gemar dengan sikap lelaki yang tidak serius atau main tarik tali ketika proses perkenalan.

"Bagi saya, Niezam seorang yang sangat baik, soft spoken, penyabar dan sejujurnya saya sangat selesa berkawan dengan dia.

"Soal jodoh ini, saya tak suka memaksa situasi... saya jenis follow the flow. Saya suka orang yang berterus-terang dengan apa yang dia nak bila berkawan,” ujarnnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain