suria

[VIDEO] Lebih 10 tahun ditinggalkan keluarga, Raja Ilya rayu anak-anak bapa saudara datang jenguk sebelum terlambat

Raja Ilya bimbang keadaan bapa saudara yang kini tenat.

BIMBANG dengan keadaan kesihatan bapa saudara yang kini tenat, pelakon Raja Ilya memohon anak-anak pakciknya iaitu Abdul Rahman Yunus datang menziarahi ayah mereka sebelum terlambat.

Ilya berkata, bapa saudaranya yang kini berusia 70 tahun tinggal bersendirian lebih 40 tahun di Hospital Tanjung Rambutan, Ipoh selepas disahkan mengalami masalah bipolar.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya mahu cuba kaedah bersalin dalam air

“Pak cik saya sedang tenat dan keluarga dia dah lebih 10 tahun tidak ziarah dia dekat Hospital Tanjung Rambutan.

“Dia duduk di hospital itu sejak 40 tahun lalu selepas disahkan mengalami masalah mental, bipolar. Tapi tidak teruk sangat kerana dia masih boleh menguruskan diri.

Keadaan kesihatan pakcik saya merosot dan paras oksigen menurun kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

RAJA ILYA

PELAKON

“Saya sudah cuba cari keluarga dan anak-anaknya tapi kami gagal hubungi. Kali terakhir saya rayu anak-anak dia tengok 10 tahun lepas. Ada sekali datang tapi lepas tu hilang lagi,” ujarnya kepada mStar.

Raja Ilya yang kini menetap di Australia berkata, dia dihubungi oleh ibunya bagi memaklumkan perkara itu.

Dia juga berharap dua orang anak bapa saudaranya itu sempat datang menziarahi ayah mereka sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhir.

“Keadaan kesihatan pakcik saya merosot dan paras oksigen menurun kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

“Selama ini memang keluarga saya dan keluarga belah kami sahaja yang ada untuk dia.

“Saya cuma harap anak-anak dia sempat datang tengok ayah kandung mereka buat kali terakhir,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain