suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terjerebak main Tiktok, Sharif Zero isi masa lapang sambil hiburkan peminat... kalau viral marketing percuma!

PELAWAK Sharif menjelaskan dia kini bergiat aktif di aplikasi Tiktok kerana mahu kekal relevan sebagai seorang artis memandangkan semakin ramai pendatang baharu dalam industri hiburan tanah air.

Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 32, berkata, Tiktok adalah tempat bagi dia mengisi masa lapang untuk menghiburkan peminat sekiranya tiada sebarang program baharu di televisyen seperti Maharaja Lawak Mega.

"Contoh kalau saya dah tidak keluar TV secara langsung macam program Maharaja Lawak Mega, saya macam tak senang sebab nak hiburkan peminat-peminat saya.

"Jadi menerusi Tiktok saya boleh menghiburkan peminat dan mengubat kerinduan pada mereka," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Sharif baharu sahaja muncul dalam filem lakonan terbaharunya, Hantu Tenggek bersama barisan pelakon seperti Danial Zaini, Syaiful Zero dan Saiful Apek.

Filem itu sedang ditayangkang di pawagam sejak 22 Disember lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Artikel Lain