suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amsyar Lee lega bebas kontroversi sepanjang 2022, mahu bina nama bersih sebagai penyanyi

PENYANYI Amsyar lega apabila dia bebas daripada terpalit sebarang kisah kontroversi sepanjang 2022 berbanding beberapa rakan seangkatannya yang lain.

Amsyar atau Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri, 30, berkata, dia juga tidak mengharapkan gosip atau kisah sensasi untuk menaikkan nama sebaliknya mahu dikenali sebagai artis bebas kontroversi.

"Sebenarnya sebelum ini saya pernah jadi mangsa kecaman apabila orang tak suka saya berambut panjang tetapi ia bukan tahap teruk dan masih boleh tahan lagi.

"Saya tak kisah orang nak kecam tapi kalau boleh saya memang nak elak daripada sebarang kontroversi sebab nak bina nama bersih dan hasilkan karya yang boleh dibanggakan," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi