PELAKON Hun Haqeem mengakui kecewa dengan sikap segelintir pelakon yang gagal menjaga etika kerja yang baik termasuk sering datang lambat ke set penggambaran serta berperangai diva.Hun atau nama lengkapnya Haqeem Hermy, 28, mendedahkan situasi tidak profesional itu bukanlah perkara asing bagi dirinya memandangkan dia sudah beberapa kali berdepan dengan perkara tersebut sepanjang bergelar anak seni. Bagaimanapun, Hun memilih untuk tidak melatah dan lebih gemar mengambil pendekatan mengawal emosi sendiri demi menjaga kualiti lakonannya.Hun lebih mementingkan emosi sendiri berbanding fikir masalah orang lain. “Bercakap tentang etika kerja ini agak mengecewakan apabila seseorang pelakon itu gagal menunjukkan prestasi yang baik. Sejujurnya, banyak kali juga saya melihat perkara itu berlaku. Malah ada pelakon yang selalu datang lambat ke set penggambaran.“Di penghujungnya, ini adalah tentang menghormati kerja orang lain. Seronok bekerja apabila pelakon tahu menghormati skop pekerjaan itu, persekitaran akan menjadi lebih harmoni. "Namun apabila berlaku kejadian begini, saya rasa kecewa,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem selesa, mudah serasi dengan Nabila HudaARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak kahwin tapi biar masa yang menentukan” - Hun HaqeemJelas Hun, lebih mengecewakan apabila bukan sahaja memberi kesan kepada pelakon lain, sebaliknya nasib barisan kru penggambaran di belakang tabir yang terpaksa menanggung beban akibat kelewatan individu terbabit.Ditanya pula mengenai tindakan segelintir selebriti yang gemar meluahkan rasa tidak puas hati di platform media sosial, Hun berpendapat kaedah itu bukanlah jalan penyelesaian yang bijak.Baginya, setiap konflik yang berlaku di set penggambaran wajar diselesaikan secara matang dan bersemuka.Hun tidak bersetuju ada selebriti meluahkan masalah di media sosial. “Meluahkan di media sosial bukan jalan penyelesaiannya. Kita masing-masing sudah matang, boleh berfikir baik buruk. Lebih elok selesaikan perkara ini secara berdepan daripada bercakap tentangnya di media sosial.“Ada masanya kita memang perlu hadap individu bermasalah ini. Mungkin kita kena bersangka baik dan sama-sama memperbaiki prestasi dari semasa ke semasa. "Apa yang diperlukan adalah kesabaran, dan mungkin individu yang datang lambat itu akan berubah apabila melihat pelakon senior yang lain datang awal ke set," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!