PELAKON Sharifah Husna mendedahkan hubungannya dengan bekas suami, aktor Halim Radzi masih berada dalam keadaan baik demi tuntutan kerjaya seni mereka.Husna atau nama lengkapnya Sharifah Husna Syed Faizal, 33, berkata, status sebagai bekas suami isteri tidak menjadi penghalang untuk mereka bersikap profesional apabila digandingkan bersama di set penggambaran. Malah Husna mendedahkan bahawa mereka sebenarnya sudah pun bercerai ketika sama-sama membintangi drama bersiri Doa Yang Terlindung yang bersiaran pada Januari lalu. "Kami mempunyai hubungan profesional di tempat kerja. Jadi tak ada sebarang masalah di situ. Malah, sudah pernah berjumpa dekat set pun selepas bercerai dan tiada siapa yang tahu. Itulah tahap profesionalisme kami di set.Husna dan Halim kekal jaga profesionalisme antara mereka."Kami dah pun bekerjasama dalam siri sebelum ini dan juga ada kolaborasi produk pada masa hadapan bersama. Jadi ya, tak ada masalah di situ," katanya kepada mStar semasa sidang media Melodi Terhangat pada Khamis. Husna bagaimanapun memilih untuk terus mengunci mulut dan enggan mendedahkan tarikh sebenar atau punca kemusnahan rumah tangga mereka.Dalam masa sama, Husna yang dipuji kerana tidak membuka kisah rumah tangga di media sosial, menyifatkan pendekatan itu sebagai pilihan peribadinya sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Husna, Halim Radzi sah bercerai talak satuARTIKEL BERKAITAN: Halim Radzi rakam ‘voice over’ video percutian Sharifah Husna, peminat gembira rumah tangga masih bahagia"Bagi saya, ianya lebih kepada pilihan peribadi sendiri. Ada orang okey dengan benda itu, ada orang lebih suka untuk privasi."Jadi saya kebetulan adalah seseorang yang menjaga privasi, dan Halim juga seorang pelakon yang lebih suka menjaga privasi. Jadi tak ada betul atau salah," katanya.Dalam pada itu, Husna turut menafikan penceraian tersebut memberikan impak negatif atau tekanan kepadanya. Husna dan Halim berkahwin pada 21 Oktober 2022. "Tidak (tertekan). Saya cuma fokus pada diri saya sendiri dan kerjaya. Macam saya katakan sebelum ini, saya dah proses benda ini (penceraian) dan bila sudah sedia baru saya kongsi. "Tak ada perbezaan dari segi kerjaya. Sebelum dan selepas cerai pun saya tetap aktif berlakon. Alhamdulillah, keluarga saya adalah penyokong nombor satu," ujarnya.Sebelum ini mStar melaporkan Husna dan Halim sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!