suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dulu Ameng Spring pun saya tak kenal“ - Odah ikut pesan Shiera kenali artis lama

Odah akui tidak mengenali ramai artis.

PENYANYI baharu, Odah mengakui tidak mengenali ramai selebriti tempatan, terutamanya dalam kalangan artis senior sebelum mengambil keputusan untuk melangkah ke dalam dunia hiburan.

Odah atau nama sebenarnya Auddra Zulkifli, 17, bagaimanapun enggan mengambil peduli sekiranya ada pihak melabel dirinya sebagai generasi muda yang tidak mengenali artis lama kerana percaya situasi itu turut dialami oleh anak muda seusianya.

“Saya tak kisah kalau orang nak cakap macam itu sebab saya rasa bukan saya seorang sahaja. Mesti ramai lagi Gen Z yang tidak kenal semua artis senior.

Odah berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Sebelum ini saya pernah dengar nama Kamal Adli, cuma tidak pernah jumpa dan tidak berapa biasa dengan wajahnya," katanya kepada mStar.

Oda berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet yang berlangsung di Balai Berita, Media Prima Berhad, Bangsar, pada Khamis.

Bagaimanapun, Oda mengakui pengetahuannya mengenai industri hiburan tanah air semakin bertambah sejak bergelar anak seni kerana sering bertemu dan bekerjasama dengan ramai individu.

ARTIKEL BERKAITAN: Auddra berkeras nak ‘home school’, awalnya Shiera tak setuju tapi lembut hati letak syarat ketat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Netizen ‘ship’ Auddra, Hadie... Anak Sharifah Shahirah balas dengan selamba!

Malah, dia secara jujur mengakui nama-nama besar seperti Ameng Spring dan Liza Hanim juga asing buat dirinya sebelum ini.

“Sekarang apabila dah jadi artis, saya lebih kenal ramai orang. Dulu Ameng Spring pun saya tidak kenal. Bila jumpa baru saya tahu, ‘oh, inilah Ameng Spring’.

“Mama memang selalu pesan yang saya kena kenal artis. Dalam kereta pun mama selalu berikan taklimat kepada saya. Kalau saya nak berlakon dengan sesiapa, saya akan tanya mama dulu,” kongsinya.

Tambah Oda, dia amat menitikberatkan perkara itu kerana enggan mencalarkan nama baik keluarganya.

Odah cuba untuk perbaiki kelemahan demi nama baik keluarga. 

“Saya tidak mahu memalukan nama mak saya. Jadi walaupun saya tidak tahu, saya kena ambil tahu juga. Pengurus saya pun banyak membantu.

“Contohnya saya baru tahu abang Kamal Adli pernah berlakon dengan ibu saudara saya, Sharifah Sakinah. Saya terus cari dan buat sedikit kajian mengenai dia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Oda merupakan salah seorang artis undangan yang bakal muncul dalam siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet yang dihoskan oleh Kamal Adli dan bakal menemui penonton pada 29 Julai ini di TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain