suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hannah Delisha ‘dicium‘ makhluk misteri, muncul kesan merah bentuk bunga semanggi di dahi

suami Hannah Delisha, gangguan mistik penggambaran, Dia Perempuan Sialan, Hanna Delisah menyanyi

PELAKON Hannah Delisha mengakui berdepan pengalaman misteri ketika menjalani penggambaran drama terbitan Viu berjudul Dia Perempuan Sialan.

Menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 29, kejadian yang paling memberi kesan kepadanya apabila kesan merah berbentuk bunga semanggi (clover) muncul pada dahinya pada hari terakhir penggambaran di sebuah penginapan di Pulau Carey, Selangor.

"Apabila bangun tidur, saya perasan ada kesan merah pada dahi, bentuknya seperti bunga semanggi (clover). Walaupun ditutup dengan mekap, kesan merah itu masih kelihatan sedikit.

Hannah ada amalan tersendiri untuk dijadikan pendinding diri.

"Ia bukan lebam sebab kalau lebam biasanya berwarna biru atau hitam. Ini merah, macam dicop. Saya fikir mungkin digigit serangga, tetapi kalau begitu tentu ada kesan gigitan. Peliknya, selepas dua hari ia terus hilang. Tak sakit, tak gatal, langsung tak rasa apa-apa.

"Saya pun tak berani nak fikir lebih-lebih. Pengarah saya sempat bergurau mungkin 'dia' cium saya," katanya kepada mStar.

Bukan itu sahaja, Hannah turut menyaksikan sendiri pintu bilik air di rumah berkenaan terbuka sendiri secara tiba-tiba beberapa kali selama dua malam berturut-turut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha bersedia hamil lagi, tiada trauma selepas setahun keguguran

ARTIKEL BERKAITAN: Kekuatan irama dan lirik buat Hannah Delisha jatuh cinta, ‘Akan Tiba’ bantu bangkit selepas alami keguguran

Katanya, kejadian tersebut berlaku di sebuah bilik tidur yang mempunyai tandas bersambung dan situasi itu disaksikan sendiri oleh kru produksi.

"Ada sebuah bilik tidur yang bersambung dengan tandas. Pintu tandas itu, tanpa angin atau apa-apa, tiba-tiba terbuka sendiri. Tutup, buka semula. Tutup lagi, buka lagi. Kali ketiga kami tunggu, barulah ia berhenti.

"Esoknya perkara sama berulang lagi. Malam pertama saya tiada di situ, kru mengalami kejadian tersebut. Keesokan harinya pula, saya sendiri nampak pintu itu terbuka dua kali. Saya bangun dan menutupnya semula," kongsinya.

Mungkin juga rumah itu sudah lama kosong.

HANNAH DELISHA

PELAKON

Dalam pada itu, Hannah tidak menolak kemungkinan gangguan tersebut berpunca daripada rumah berkenaan yang sudah lama tidak berpenghuni.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kejadian yang dialami masih dalam keadaan terkawal meskipun penggambaran karya berunsur seram sering dikaitkan dengan insiden luar biasa.

Bagi melindungi diri, Hannah berkata dia mengamalkan bacaan 3 Qul, Ayat Kursi serta doa pendinding sepanjang berada di lokasi penggambaran.

Hannah lega gangguan tidak terlalu parah.

"Mungkin juga rumah itu sudah lama kosong. Saya ada dengar beberapa orang beritahu rumah di Pulau Carey itu dikatakan berhantu dan minta saya berhati-hati.

"Alhamdulillah, setakat ini gangguannya itu sahaja. Tiada perkara lebih serius berlaku. Lagipun penggambaran di lokasi itu sudah selesai dan sekarang kami berada di tempat lain," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain