suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dulu Ustaz Irfan, sekarang Johan pula“ - Fasha Sandha kesal netizen tak beri peluang kritik pasangan hero

Fasha pertahan Johan sebagai rakan gandingannya.

PELAKON Fasha Sandha tampil mempertahankan rakan gandingannya, Johan As’ari selepas aktor itu dikritik segelintir penonton yang mempertikaikan pemilihannya sebagai teraju utama dalam drama Kasih Yang Terkorban.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, meminta agar orang ramai memberikan peluang kepada Johan untuk membuktikan keupayaan bakatnya terlebih dahulu sebelum terus menghukum.

“Terima kasih kerana menonton, saya sangat menghargainya. Cuma, minta jasa baik untuk berikan peluang kepada hero saya. Dia seorang yang berbakat dan telah memberikan yang terbaik.

Fasha anggap Johan seorang yang berbakat. 

“Dia adalah pilihan penerbit, pengarah dan stesen televisyen. Kerana rezeki Allah juga, dia dapat memegang watak Johari dengan usaha yang sudah ditunjukkan,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Malah, Fasha turut berkongsi pengalaman apabila pasangan pelakonnya sebelum ini, Firdaus Karim yang popular dengan watak Ustaz Irfan juga pernah berdepan situasi sama dikecam netizen pada awalnya.

Bagaimanapun, watak tersebut akhirnya berjaya menambat hati penonton selepas mereka melihat sendiri bakat dan keperibadian pelakon berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha sedih anak gagal dapat semua A dalam peperiksaan

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha masih tiada jawapan tindakan ‘buka tudung‘ dalam drama

“Dulu Ustaz Irfan pun kena tegur, akhirnya Ustaz Irfan disayangi ramai kerana bakat dan rupa parasnya yang menawan. Sekarang giliran hero Johan pula,” ujarnya.

Mengulas lanjut, selaku heroin, Fasha menegaskan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk sentiasa menyokong pasangan gandingannya memandangkan dia sendiri menjadi saksi kepada komitmen luar biasa yang diberikan Johan sepanjang penggambaran berlangsung.

“Sebagai heroin, saya pasti akan pertahankan hero saya kerana saya adalah saksi mereka telah lakukan yang terbaik.

Fasha merupakan heroin dalam drama tersebut. 

“Dia datang awal ke set, rajin baca skrip, sentiasa bersedia, dan memberikan kesungguhan sepenuhnya dalam menjayakan peranan yang diberikan,” jelasnya.

Fasha turut berharap agar para penonton tidak terburu-buru membuat penilaian sebaliknya memberikan peluang untuk mereka menilai keseluruhan jalan cerita serta mutu lakonan yang ditampilkan terlebih dahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain