PELAKON Jay Iswazir enggan menoleh ke belakang lagi dan terus mengenang kontroversi yang pernah melanda tahun lalu sehingga menjejaskan kerjaya seni.Sebaliknya, Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail, 44, menganggap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran untuk menjadi insan yang lebih baik. "Masa itu memang kita dah 'koyak' (rasa tertekan dan merudum) apabila periuk nasi jadi macam itu. Tapi saya selalu diingatkan supaya berdamai dengan takdir. Jay banyak berserah kepada Yang Maha Berkuasa."Mungkin itu juga kesalahan yang saya perlu belajar supaya jadi manusia yang lebih baik. Apa yang berlaku dekat saya tahun lepas memang terpalit juga pada kerjaya saya."Cuma sekarang saya dah kembali dan Alhamdulillah berada dalam situasi yang saya boleh bangkit semula sebab dikelilingi orang yang beri energi positif," katanya kepada mStar.Jay berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas pementasan teater Tarik Picu yang berlangsung di Bandar Utama pada malam Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kenang semua perkara dilalui bersama, Jay Iswazir dan bekas isteri berdamaiARTIKEL BERKAITAN: Jay Iswazir tuntut permohonan maaf daripada bekas isteri kerana mahu bersihkan nama, nampak ada jalan selesai cara baikMenurut Jay, insiden tersebut turut memberi kesan besar terhadap kerjayanya apabila hampir lapan bulan dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon untuk drama mahupun filem."Untuk TV dan filem, ketika itu hampir lapan bulan saya tak ada kerja. Memang tak ada langsung. Tapi selepas itu, Alhamdulillah Allah bagi rezeki. Masa itu saya dapat tiga tawaran teater," ujarnya.Jelasnya, dia sememangnya tidak pernah menerima sebarang surat rasmi yang menyatakan dirinya digam daripada industri namun menyedari selepas kesan beberapa karya lakonannya hampir tidak ditayangkan.Malah, kini dia kembali aktif dan terbuka untuk menerima apa jua tawaran menarik dalam bidang lakonan.Jay kini mahu lebih fokus pada masa depan kerjaya."Secara rasmi tak ada surat atau apa-apa. Tapi yang saya tahu, ada cerita yang saya dah buat hampir ditarik balik daripada ditayangkan."Itu yang buat saya rasa macam. Ibarat macam digamlah maksudnya. Lepas itu yelah, saya tak tahu nak buat apa masa itu kan, tapi ya Alhamdulillah saya okey," luahnya.Sekadar info, kejadian tersebut dipercayai dikaitkan kontroversi membabitkan rumah tangga Jay bersama bekas isteri, Azzahra Ahmad.Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 sebelum sah bercerai pada 28 Oktober 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!