suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Jawapannya tak!“ - Ariz Lufias bosan disindir putihkan kulit, akui keturunan Cina

Ariz mendedahkan mempunyai kacukan Cina.

PENYANYI Ariz Lufias tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia menjalani rawatan pemutihan selepas sering menerima pertanyaan mengenai perubahan warna kulitnya.

Ariz atau Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 33, berkata dia sememangnya memiliki darah keturunan Cina dan wajahnya sering disalah anggap sebagai berbangsa Cina sejak kecil.

"Saya memang ada keturunan Cina. Dari zaman kanak-kanak lagi ramai yang ingat saya anak orang Cina. 

Perkongsian Ariz yang dimuat naik di Threads miliknya.

"Waktu penggambaran drama saya pernah kena mekap satu badan semata-mata nak nampak lebih 'tanned' (gelap)," katanya.

Ariz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Forteen itu berkata persoalan mengenai warna kulitnya sering dibangkitkan setiap kali dia mengadakan sesi siaran langsung di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun fokus buat kek, Ariz Lufias mahu kembali jadi artis... Tapi ada syarat sebelum terima tawaran

ARTIKEL BERKAITAN: “Kena sepak beramai-ramai di surau, tiada siapa tolong aku” - Ariz (Forteen)

Kata Ariz, terdapat segelintir netizen yang menyindir kononnya dia mengubah warna kulit.

Malah, tambahnya, ada juga bertanya sama ada dia pernah menjalani rawatan pemutihan kulit.

"Dalam sesi siaran langsung selalu nampak komen yang menyindir saya ubah warna kulit. 

"Ada yang tanya sama ada buat proses pemutihan kulit (skin bleaching dan whitening drip). 

"Bukan sekali dua tapi hampir setiap kali saya buat siaran langsung soalan sama akan muncul. Jawapannya tak," ujarnya. 

Ariz mempunyai kulit putih secara semula jadi.

Mengulas lanjut, Ariz menegaskan semua warna kulit mempunyai keunikan dan kecantikan tersendiri, asalkan berada dalam keadaan sihat.

"Semua warna kulit cantik terutamanya kalau kulit itu sihat. Kalau nak ikut standard kecantikan tapi apa kesannya? Buah pinggang anda? 

"Kalau nak tanya tentang produk penjagaan kulit dan pemakanan saya banyak kongsi di TikTok. Harap orang akan berhenti tuduh saya ubah warna kulit," katanya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain