PENYANYI dan pelakon Amy Mastura mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia nyanyian bagi memberikan tumpuan kepada usaha mendalami ilmu agama.Amy atau Amy Mastura Suhaimi, 55, berkata dia sedar keputusan itu bukan sesuatu yang mudah, namun percaya usaha menuntut ilmu agama perlu diutamakan ketika ini. “Memang ada rasa nak menyanyi lagi tetapi kerana Allah, saya ambil keputusan untuk 'bercuti' dulu, walaupun kawan-kawan semua buat konsert tapi saya dah berniat mencari ilmu agama.Amy mahu berehat daripada dunia nyanyian.“Mungkin kawan-kawan lain dah cukup ilmu, saya belum lagi jadi kenalah cari ilmu,” katanya kepada mStar. Amy berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi ramah mesra barisan pelakon Ate Kome, I Love You! yang diadakan di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada Jumaat.Ketika ditanya sama ada keputusan itu dibuat demi tuntutan agama, Amy enggan mengulas lanjut dan memilih untuk memberi fokus kepada proses mendalami ilmu agama.ARTIKEL BERKAITAN: Amy Mastura pilih perlahankan karier seni... “Elok cari bekalan akhirat”ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam dah bergelar ‘hajah’, peminat puji cara Amy Mastura fokus ibadah haji“Lebih kuranglah begitulah, tapi saya tak berani nak cakap lebih nanti orang kata poyo pula. “Biarlah saya belajar (agama) dulu, bagi peluang untuk saya mendalami agama.“Biar saya berehat dulu tapi dalam bidang nyanyianlah, lakonan saya tetap akan lakukan seperti biasa,” ujarnya.Mengulas lanjut, Amy berkata dia masih menerima pelbagai tawaran persembahan, namun memilih untuk menolak kesemuanya buat masa ini.“Tawaran menyanyi masih terima lagi, konsert pun ada. Tapi semuanya saya tolak buat masa ini. Amy masih lagi aktif sebagai seorang pelakon.“Kalau peminat rindu boleh saja jumpa saya di acara-acara hiburan yang lain,” katanya.Dalam perkembangan lain, Amy bakal muncul menerusi drama Ate Kome, I Love You! terbitan Viu yang disiarkan pada setiap Khamis dan Jumaat, pukul 12 tengah hari.Drama arahan Helmi Yusof itu mengangkat tema "dendam lama, cinta baharu" serta turut dibintangi Aniq Suhair, Bella Dowanna, Eida Moin dan Nurel Baharin.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!