suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Geram kena ‘body shaming’, Eric Fuzi maki netizen... “Aku tak kacau hidup korang”

Eric kecam tindakan body shaming.

ANGGOTA kumpulan Floor 88, Eric Fuzi meluahkan rasa kurang senang terhadap komen berbentuk body shaming mempersendakan fizikal seseorang.

Membuat teguran secara terbuka, Eric atau Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 34, memberitahu dia juga berhak mempertahankan dirinya daripada kata-kata yang kurang menyenangkan itu.

"Artis tak artis, netizen tak netizen. Semua manusia sama rata. Orang body shaming aku, memang aku maki mencarut balik. Ingat gelaran 'netizen' itu korang sahaja ke? Aku pun netizen!

Perkongsian Eric di Threads. 

"Aku tak kacau hidup korang pun," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Bagi Eric, tindakan bercakap buruk tentang fizikal seseorang adalah tidak beradab.

Dia bagaimanapun turut terbuka untuk menerima sebarang komen atau nasihat yang disampaikan secara berhemah.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun bank tinggal RM125, Eric Fuzi rayu penghutang lunaskan bayaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Membazir! Eric Fuzi tegur artis baharu ghairah buat lagu raya, takut habis modal tapi tiada identiti

"Biarlah aku aman dengan hidup aku. Nasihat elok aku terima. Aku pun tak mahu hidup aku macam ini.

"Semua orang nak acah terpaling tahu semua benda, nak atur hidup orang sampai lupa adab, hormat-menghormati dan sopan santun," tegasnya.

Eric saran orang ramai tidak berdiam berdepan buli siber. 

Dalam pada itu, Eric menggesa individu lain agar tidak terus berdiam diri apabila berdepan situasi sama yang juga merupakan satu bentuk buli siber.

"Aku harap rakyat Malaysia, kalau nampak komen-komen buli siber, kita balas dan hentam balik supaya orang takut untuk bertindak bodoh lagi lepas ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain