suria

Tiga kali kahwin tapi tiada anak, Dewi Perssik nafi dirinya mandul... Dedah punca sebenar belum hamil

Dewi Perssik kini jalani sebuah program untuk hamil.

SELEPAS mendirikan rumah tangga kali ketiga, penyanyi Dangdut Dewi Perssik mengakui dia kini sedang melalui program untuk hamil cahaya mata pertama.

Memilih untuk menyertai program itu, Dewi menegaskan ia bukan disebabkan dirinya mandul.

Malah, Dewi turut menjelaskan punca sebenar dia tidak dikurniakan anak dengan bekas suami pertama dan kedua.

"Soal hamil ini, memang saya ada melalui satu program, bukan bermaksud saya mandul. Saya tahu orang berkata dari suami pertama sampai ketiga, tak ada anak lagi.

"Ada yang bertanya bila saya nak hamil? Masa dengan suami pertama, hanya status nikah saja tapi saya tak pernah tahu suami berada di mana.

"Manakala dengan yang kedua, hanya bertahan selama setahun... itu pun tak pernah bersama. Tak pernah beri nafkah zahir dan batin," katanya.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain