suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah buat jahat dalam kereta? Luna Maya terkedu ditanya soalan panas

Luna Maya tidak menjawab soalan panas yang diajukan oleh Gofar itu.

PELAKON terkenal Indonesia Luna Maya terkejut apabila diajukan soalan panas oleh pengacara Gofar Hilman dalam satu program temubual, baru-baru ini.

Menurut laporan Tabloid, Gofar bertanyakan sama ada Luna pernah melakukan perkara tidak baik di dalam kereta kesayangannya itu.

"Awak pernah buat jahat dalam kereta tak? Kalau tak, jawab saja tak," tanya Gofar.

Terkedu mendengar soalan itu, Luna bertanya semula kepada Gofar apakah definasi jahat yang dimaksudkan itu.

Tanpa menjawab soalan berkenaan, Luna mempersoalkan perkara yang sama kepada Gofar.

"Tidak, saya percaya kalau buat apa-apa di dalam kereta yang saya beli dengan penat lelah, kalau dinodai begitu akan menyebabkan nasib malang,” jawab Gofar.

Enggan isu ini dibahas lebih panjang, Luna meminta Gofar bercerita mengenai topik lain kerana baginya isu ini tidak sesuai dibicarakan secara umum.

"Boleh (tukar) tema lain tak, agak panas ya topik ini, bukan topik yang perlu dibahas dalam content saya," kata Luna sambil tertawa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia