suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliando Syarief hidap OCD ekstrem, selalu terbayang perkara aneh!

Aliando memberitahu pernah mengalamai OCD ketika di bangku sekolah.

PELAKON Aliando Syarief mendedahkan dia mengalami mengalami gangguan mental yang dikenali sebagai kecelaruan obsesif kompulsif atau obsessive compulsive disorder (OCD) yang serius sehingga mengganggu aktiviti hariannya.

Disebabkan itu juga berat badannya turun dan pelakon sinetron Ganteng-Ganteng Serigala ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ardhito Pramono mohon maaf, menyesal ambil dadah

"Kesan OCD ini membuatkan saya kurus. Saya jadi susah makan dan bergerak.

"Nafsu makan tidak ada. Terlalu stress, kecewa dan tertekan. Semua perkara saya fikirkan negatif.

"Apabila ada OCD yang ekstrem, boleh berimaginasi perkara yang aneh.

aliando 2

Keadaan Aliando kini semakin stabil

"Syukur saya masih diberi kekuatan mental. Saya akan terus lawan dan harus bersyukur apa yang telah dilalui," kongsi Aliando yang turut membintangi sinetron popular Keajaiban Cinta.

Setelah menjalani beberapa sesi rawatan, Aliando memberitahu keadaan dirinya kini semakin baik dan bersedia untuk kembali berlakon.

"Sudah setahun menjalani terapi dan sekarang keadaan lebih baik. Makanya boleh berkongsi di Instagram.

"Ini menunjukkan progres saya boleh berkarya kembali," jelasnya. LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia