suria

Terakam foto cincin berlian bukti Macaulay Culkin dan Brenda Song sudah bertunang

Brenda dan Macaulay timang anak pertama pada April tahun lalu.

SELEPAS sembilan bulan menimang cahaya mata lelaki, pelakon Macaulay Culkin akhirnya mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Brenda Song.

Memetik laporan People, biarpun tiada pengesahan daripada dua selebriti itu namun jurugambar berjaya mengambil foto Brenda memakai cincin berlian.

Foto tersebut sempat dirakam ketika Brenda berjalan-jalan di Beverly Hills, California pada Isnin lalu.

Untuk rekod, Culkin dan Song mula berkenalan di lokasi penggambaran Changeland In Thailand dan mereka dilihat keluar bersama pada Julai 2017.

Pasangan selebriti itu sudah menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun dan dikurniakan anak lelaki bernama Dakota pada April tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain