suria

Ardhito Pramono mohon maaf, menyesal ambil dadah

Ardhito berharap golongan muda tidak mengikut kesilapannya.

PELAKON dan penyanyi Indonesia Ardhito Pramono memohon maaf dan menyesali kesilapannya mengambil dadah.

Memetik laporan Liputan6, penyanyi lagu Masa Masa itu berharap tindakannya itu tidak diikuti oleh golongan muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi pelakon Indonesia ditahan kerana dadah, polis jumpa ganja di rumah Ardhito Pramono

"Untuk rakyat Indonesia terutama anak-anak muda, saya minta maaf sangat dan sangat menyesali.

"Semoga tiada lagi kejadian seperti ini dalam kalangan anak muda," katanya.

Sebelum ini, Ardhito, 26, yang popular menerusi filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini ditahan di rumah di daerah Jakarta Timur, Indonesia pada 12 Januari lalu.

Pihak polis mengesahkan menemui dadah jenis ganja namun tidak ada maklumat lanjut kerana masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ardhito menasihati semua peminat muziknya untuk menjauhi barangan terlarang tersebut yang akan memusnahkan diri.

"Bagi peminat muzik saya, semua warga Indonesia... jauhi dadah. Kerana bila kita ambil apa saja dadah, hukumannya tetap besar," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain