suria

Ahli Running Man negatif Covid-19, Song Ji Hyo tetap kuarantin 10 hari

Semua ahli Running Man tidak dijangkiti Covid-19.

SELEPAS dimaklumkan ahli kumpulan Super Junior iaitu Eunhyuk disahkan positif Covid-19 ketika menjadi tetamu undangan program variasi Running Man, semua peserta dan kru terlibat melakukan ujian calitan.

Memetik laporan Soompi, keputusan ujian calitan semua peserta iaitu HaHa, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Jun So Min, Kim Jong Kook, Yang Se Chan dan Song Ji Hyo negatif.

Bagaimanapun hanya Song Ji Hyo sahaja yang memilih untuk membatalkan semua aktiviti dan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 10 hari.

“Khamis lalu, dia dimaklumkan menjadi kontak rapat seorang pesakit Covid-19 ketika membuat sesi rakaman pada Isnin. Dia terus memaklumkan semua yang terdekat dan membuat ujian calitan.

“Keputusannya negatif tapi sekadar untuk berhati-hati, dia batalkan semua aktiviti dan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari. Song Jihyo tidak akan sertai penggambaran Running Man yang dijadualkan pada 24 dan 25 Januari,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain