suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karina Aespa buat senaman ekstrem ’singkir’ 4kg berat badan sehari

Karina dedah cara turunkan berat badan sebanyak 4kg dalam masa sehari.

ANGGOTA kumpulan Aespa iaitu Karina mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia pernah berjaya menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram (kg) dalam tempoh hanya satu hari ketika masih bergelar pelatih.

Karina, 26, yang mengakui dirinya seorang yang kuat makan berkata, dia memiliki jenis badan yang mudah mengalami kenaikan berat tetapi dalam masa sama cepat untuk menurunkannya semula.

"(Ketika bergelar pelatih) Saya makan apa sahaja yang saya mahu, tetapi apabila menimbang berat badan, saya naik empat kilogram. Keesokan harinya ada sesi timbang berat, jadi saya perlu menurunkannya dengan cepat," katanya.

Karina akui dirinya gemar makan sehingga naik berat badan. 

Demi mencapai berat ideal dalam masa yang singkat, Karina mengambil tindakan drastik dengan melakukan aktiviti fizikal yang sangat berat di dalam bilik latihan bagi memaksa badannya mengeluarkan peluh secara maksimum.

"Saya memasang pemanas di bilik latihan, memakai legging, sut sukan, jaket berhud dan jaket tebal, kemudian berlari selama lima hingga enam jam sehingga 100 buah lagu habis dimainkan.

"Selepas pulang ke rumah, saya berendam pula dalam tab mandi selama sejam," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Karina Aespa pernah bercita-cita jadi pramugari, siap masuk kelas bahasa Mandarin

ARTIKEL BERKAITAN: Karina Aespa kongsi detika seram naik lif, dibawa ke tingkat tak wujud!

Mendengarkan pengakuan berani itu, pengacara program iaitu Ahn Jung Hwan menjelaskan bahawa kaedah tersebut sebenarnya adalah teknik ekstrem yang diamalkan oleh para atlet untuk menyingkirkan kandungan air dalam badan dengan cepat.

Karina bagaimanapun mengakui kaedah itu terlalu memenatkan dan tidak lagi mampu dilakukan pada usianya sekarang.

"Apabila buat begitu, badan memang terasa sangat lemah. Sekarang saya sudah semakin berusia, saya tak boleh makan atau bersenam seperti dulu. Hari hujan pun badan saya sudah terasa sakit," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain