suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Jong Suk didakwa curang, foto bersama wanita lain cetus tanda tanya

Timbul spekulasi punca perpisahan IU (kiri) dan Jong Suk disebabkan orang ketiga.

KHABAR angin mengenai hubungan cinta pelakon Lee Jong Suk dan IU kembali menjadi perhatian apabila muncul dakwaan kononnya aktor itu berlaku curang.

Dakwaan tersebut tercetus selepas beberapa foto yang dikatakan memaparkan Jong Suk bersama seorang wanita ketika bercuti di luar negara mula tersebar.

Menurut laporan media China, Sina, pelakon itu dilihat berjalan sambil berpegangan tangan dengan seorang wanita tinggi dalam satu perjalanan pada Mac lalu.

Jong Suk didakwa berlaku curang terhadap IU.

Jong Suk didakwa berlaku curang terhadap IU.

Memandangkan ketika itu Jong Suk dan IU dilaporkan masih bergelar pasangan kekasih, foto berkenaan mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Malah, ada netizen mendakwa kedua-duanya memakai pakaian sedondon, sekali gus menimbulkan andaian bahawa wanita berkenaan mempunyai hubungan istimewa dengan aktor tersebut.

Tidak lama selepas itu, beberapa lagi foto yang didakwa menunjukkan wajah wanita terbabit turut beredar di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Jong Suk, IU putus cinta selepas empat tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Jong Suk dan IU didakwa sudah berpisah, peminat yakin belum putus hanya khabar angin

Bagaimanapun, setakat ini tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan dakwaan berkenaan. 

Jong Suk juga masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Untuk rekod, Jong Suk dan IU dilaporkan sudah berpisah selepas hampir empat tahun bersama.

Hubungan pasangan selebriti itu mula diketahui umum pada Disember 2022 selepas kedua-duanya mengesahkan mereka sedang bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain