PELAKON asal India, Rohit Chandel ditahan pihak berkuasa atas dakwaan melakukan gangguan terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun. Memetik laporan Times of India, Rohit, 29, ditahan di kediamannya yang terletak di kawasan Dahisar, Mumbai pada 10 Julai lalu. Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual. Rohit mengaku mendekati mangsa. Kenyataan polis menyebut Rohit tidak menafikan perbuatannya itu dan kini masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatanMangsa mendakwa Rohit menghubunginya menggunakan nombor telefon peribadi serta beberapa nombor lain. Pelakon berkenaan mengulangi perbuatan sama meskipun mangsa meminta untuk berhenti berbuat demikian. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelakon kanak-kanak Korea dedah penindasan industri lakonan ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman suara pelakon popular sindir rakan artis tersebarRemaja itu turut mendakwa pada 5 Julai lalu, Rohit datang berhampiran bangunan kediamannya sebelum mengejar dan berlaku pertengkaran antara mereka secara lisan. Lebih teruk lagi Rohit dikatakan turut memukul mangsa. Polis mengesahkan Rohit dan remaja berkenaan saling mengenali namun tidak dinyatakan secara terperinci hubungan mereka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!