BEKAS pelakon kanak-kanak popular Korea Selatan iaitu Heo Jeong Min, Kang Rae Yeon, dan Seo Jae Kyung mengejutkan orang ramai apabila membongkar sisi gelap industri hiburan negara itu termasuk isu penderaan fizikal, rasuah, serta persekitaran kerja toksik yang pernah dialami mereka. Menerusi satu video temu bual, ketiga-tiga pelakon itu membuka mulut mengenai layanan buruk diterima mereka yang disifatkan jauh berbeza dengan pelakon generasi sekarang. Menurut Kang Rae Yeon, pelakon kanak-kanak pada zamannya langsung tidak mempunyai sistem perlindungan atau hak kebajikan yang sewajarnya daripada pihak produksi.Ketiga-ketiga mereka mendedahkan sisi gelap industri. "Zaman dahulu, kami tidak dilayan dengan baik seperti pelakon kanak-kanak sekarang. Tiada rasa kepuasan kerja mahupun sebarang langkah keselamatan untuk golongan seperti kami."Pelakon cilik sekarang mampu meraih pendapatan yang sangat lumayan. Tetapi semasa kami kecil, wujud sistem gred pelakon kanak-kanak. Disebabkan kami dibayar mengikut gred, walaupun kami popular, bayaran yang diterima tetap sedikit," dedahnya.Tambah Rae Yeon, bayaran maksimum yang boleh diterima oleh pelakon kanak-kanak pada waktu itu hanyalah sekitar ₩250,000 KRW (kira-kira RM730) bagi setiap episod drama.Lebih memilukan, mereka juga dipaksa untuk bekerja lebih masa tanpa henti demi mengejar jadual tayangan.ARTIKEL BERKAITAN: Lagu BTS didakwa langgar hak cipta, HYBE berdepan samanARTIKEL BERKAITAN: Melissa Schuman bimbang diganggu peminat Nick Carter susulan tuduhan serangan seksual"Kalau penggambaran berlarutan sehingga matahari terbenam, kami kena teruskan dengan babak malam. Selepas matahari terbit pula, kena sambung babak siang semula. "Perkara itu sudah menjadi lumrah hidup kami sehingga ibu bapa kami juga turut merana terpaksa menemani," kata Jeong Min.Rae Yeon turut mengakui pihak pengarah pada zaman itu sering menggunakan kekerasan fizikal semata-mata mahu memaksa pelakon kanak-kanak menjiwai watak sedih dengan cepat.Bukan sahaja didera secara fizikal, Jae Kyung turut mendedahkan wujudnya amalan rasuah oleh pihak atasan produksi pada era berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!