suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melissa Schuman bimbang diganggu peminat Nick Carter susulan tuduhan serangan seksual

Melissa (kanan) memfailkan pertuduhan ke atas Nick Carter kerana menyerang secara seksual.

PENYANYI Melissa Schuman memohon mahkamah supaya rekod perubatannya diklasifikasikan sebagai sulit kerana bimbang menjadi sasaran gangguan daripada peminat Nick Carter susulan dakwaan serangan seksual yang difailkannya.

Menurut dokumen mahkamah, Melissa, 42, mendakwa dia berdepan pelbagai bentuk gangguan sejak tampil membuat tuduhan terhadap anggota kumpulan Backstreet Boys itu.

Dakwa Melissa, antara gangguan yang pernah diterimanya ialah alamat rumah didedahkan, menerima kiriman surat tanpa nama selain mesej memintanya mencederakan diri sendiri.

Melissa bimbang diganggu sejak pertuduhan serangan seksual itu difailkan.

Selain memohon rekod perubatannya dirahsiakan, Melissa turut meminta transkrip keterangannya dalam kes berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun, mahkamah masih belum membuat keputusan terhadap permohonan tersebut.

Nick juga menafikan semua dakwaan yang dibuat Melissa dan memfailkan saman balas terhadap penyanyi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan satu lagi tuduhan rogol, Nick Carter bakal ambil tindakan fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Nick Carter didakwa rogol remaja 17 tahun, siap ugut jangan buat laporan polis

Nick mendakwa tuduhan tersebut bukan sahaja mencemarkan reputasi serta menjejaskan kerjayanya, malah menyebabkan isteri dan anak-anak turut mengalami tekanan emosi.

Sebelum ini, Melissa memfailkan saman terhadap Nick atas dakwaan serangan seksual yang didakwa berlaku di apartmen penyanyi itu di Santa Monica, California pada 2003.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor