PELAWAK Elly Sugigi mendedahkan pernah menolak tiga tawaran tajaan untuk menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan.Detikcom melaporkan, Elly berkata keputusan itu dibuat kerana kekangan bahasa selain memikirkan kos sara hidup yang tinggi sepanjang tempoh pemulihan di negara berkenaan. "Saya ditawarkan tiga kali untuk buat pembedahan di Korea, tetapi saya tak terima kerana saya tak boleh berbahasa Korea.Keputusan menjalani pembedahan plastik sebelum ini dibantah oleh anak Elly."Walaupun prosedur itu ditaja, saya tetap perlu menanggung kos kehidupan di sana seperti makan dan penginapan. Sebab itu saya pilih buat di Jakarta. Rupanya hasilnya juga sangat memuaskan," katanya. Dalam pada itu, Elly mengakui tidak menyesal memilih menjalani pembedahan plastik di Jakarta kerana berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Katanya, prosedur tersebut hanya melibatkan bahagian hidung dan mata bagi mengatasi masalah kulit yang semakin kendur.ARTIKEL BERKAITAN: “Punggung keluar darah campur karat...” - Mengaku pasang susuk pelaris, Elly Sugigi tetap tak tinggal solatARTIKEL BERKAITAN: Serah anak kepada petani sebab hidup miskin, Elly Sugigi ditawar RM77,000"Saya tak tahu nama prosedurnya, cuma saya buat pada hidung dan mata. Bahagian mata ini ditarik sebab dah kendur," ujarnya.Sebelum ini, Elly mendedahkan hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik tidak mendapat restu daripada anaknya.Bagaimanapun, walaupun tidak mendapat sokongan keluarga, Elly tetap meneruskan prosedur berkenaan yang melibatkan bahagian hidung dan bawah mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!