suria

Serah anak kepada petani sebab hidup miskin, Elly Sugigi ditawar RM77,000

Elly akui pernah hidup susah dan tidak mampu membesarkan anak sendiri.

PELAKON dan pelawak Elly Sugigi membuat pendedahan pernah menyerahkan anaknya kepada sepasang petani gara-gara hidup miskin dan tidak mampu untuk membesarkan kanak-kanak tersebut.

Kata Elly atau Elly Suhari, 52, keputusan tersebut dibuat kerana pernikahan dengan bekas suami itu tidak direstui oleh bekas mentuanya ketika itu.

"Hidup saya sangat miskin sehingga ada seorang anak saya serahkan kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sedar haram dalam Islam, Elly Sugigi mengaku pakai susuk sebab nak popular dan pikat lelaki muda

"Waktu saya hamil anak itu juga susah kerana perkahwinan saya dengan bekas suami tidak direstui keluarga," katanya.

Elly bagaimanapun tidak menjelaskan anak tersebut hasil dari perkahwinan mana kerana dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali.

Tambah Elly dia juga pernah ditawarkan wang berjumlah Rp250 juta (kira-kira RM77,000) oleh seorang individu lain yang mahukan anak tersebut.

elly sugigi 2

Pendedahan Elly buat ramai terkejut.

"Ketika hamil lapan bulan sudah ada yang mahukan anak itu. Ramai yang menawarkan duit seperti menjual anak sendiri.

"Malah ada yang mahu beri RM77,000 dan sebuah rumah selepas anak itu dilahirkan. Tetapi saya tolak kerana masih tahu hukum agama.

"Saya hanya menerima wang untuk membeli jamu buat rawatan selepas bersalin," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain