suria

Anak beranak berbalah di media sosial, Nikita Mirzani doa Lolly terima balasan kerana fitnah ibu

Nikita dan Lolly berperang kenyataan di media sosial.

TIDAK pernah lekang dengan kontroversi, pelakon Nikita Mirzani sekali ini mencuri tumpuan ramai dengan kisah pergaduhan dengan anak sulungnya, Laura Meizani atau Lolly.

Mencerikan pergolakan yang berlaku antara mereka, Nikita dan Lolly dilihat saling berbalas kenyataan di sosial media memburukkan antara satu sama lain.

Dalam sebuah perkongsian sebelum ini, Lolly, 16, memberitahu ibunya itu seolah-olah telah menghancurkan hidupnya dengan pelbagai kontroversi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto bersama, anak Nikita Mirzani dituduh ada hubungan dengan bekas bapa tiri

Dalam masa sama, Lolly mendakwa dia tidak pernah bertemu bapa kandung sendiri gara-gara dihalang oleh ibunya itu.

Malah dia juga membandingkan sikap bekas suami Nikita iaitu Antonio Dedola yang lebih memahami dan dianggap sebagai bapa sendiri.

nikita mirzani 2

Nikita harap Lolly insaf dan elak sebar fitnah.

"Antonio selalu ada buat saya dan adik-adik.

"Mimi (panggilan buat Nikita) keterlaluan. Mimi ambil semua dari saya, mimi ambil kebahagiaan saya. Mimi hancurkan semuanya," katanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya, Nikita meluahkan rasa kecewa dengan fitnah yang telah dilemparkan oleh anaknya sendiri.

"Saya ikhlaskan semua yang terjadi. Hukumlah anak saya yang sudah memfitnah ibunya. Apa pun yang terjadi kepadanya saya pasrah sepenuhnya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain