suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Cruise masih bernafsu sedia kahwin lagi, yakin bakal jumpa pasangan sempurna

Tom masih terbuka untuk mencari teman hidup.

PELAKON Tom Cruise masih berharap untuk memiliki teman hidup biarpun pernah melalui kegagalan rumah tangga sebanyak tiga kali sebelum ini.

Memetik laporan Mirror UK, pelakon berusia 60 tahun itu berkata dia terbuka untuk mencari pasangan dan yakin akan menemui wanita yang sempurna.

tom1 - 1

Tom tidak menolak untuk berkahwin lagi.

Terbaharu, Tom dikaitkan dengan penyanyi Shakira, namun wanita itu dikatakan tidak berminat dengannya.

Bagaimanapun, Shakira memohon agar Tom berhenti menggodanya kerana dia sedang melalui fasa rumit berikutan perpisahan yang menyakitkan bersama pemain bola sepak iaitu Gerard Pique.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap hantar bunga dan habis masa bersama, Tom Cruise kejar cinta Shakira

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise bakal jadi pelakon pertama jalani penggambaran filem di angkasa lepas

Dalam pada itu, menurut sumber, rakan-rakan pelakon filem Mission Impossible itu telah memberikan beberapa nasihat tip temu janji untuk aktor berkenaan mencari teman hidup.

"Tom sangat suka untuk bertemu dengan seseorang yang istimewa dan dia percaya gadis yang tepat itu ada di luar sana," kata sumber.

Untuk rekod, Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali termasuk bersama bintang popular Hollywood iaitu Mimi Rogers, Nicole Kidman dan Katie Holmes.

Aktor berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Isabella Jane Cruise, 30, Connor Cruise, 28, dan Suri Cruise, 17.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain