suria

Tom Cruise bakal jadi pelakon pertama jalani penggambaran filem di angkasa lepas

Mampukah pelakon Hollywood ini mencatat sejarah?

PELAKON Tom Cruise berkongsi sudah bersedia untuk meningkatkan kemahiran menjadi juruterbang meluncur ke angkasa lepas bagi penggambaran filem seterusnya.

Menurut laporan Mirror.co.uk, Tom, 52, dikatakan sedang berbincang dengan Universal Films Entertainment Group untuk mendapatkan perjanjian menuju ke stesen angkasa antarabangsa bersama semua pelakon dan kru yang terlibat.

Difahamkan, pelakon Hollywood itu terpaksa menangguhkan ideanya ke angkasa lepas selama beberapa tahun gara-gara pandemik Covid-19.

Top Gun: Maverick antara filem paling berjaya dilakonkan Tom Cruise.

Pihak Universal juga nampaknya berminat untuk memulakan perjalanan ke galaksi bersama Tom, selepas pengerusi syarikat Donna Langley mengesahkan mereka sedang mencari idea bagi merialisasikan projek berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kolej beli 70 tiket wayang semata-mata nak tengok Tom Cruise berdua-duaan dengan BFF, habiskan RM1,600 demi kejutan

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai Booby Wooten ‘beli jiwa’ anak Katie Holmes... Suri Cruise restu hubungan cinta ibu!

"Saya rasa Tom mampu membawa kami ke angkasa lepas dan sekali gus membawa dunia ke luar angkasa. Itulah perancangan kami.

"Kami mempunyai satu projek hebat bersama pelakon itu untuk menaiki roket ke stesen angkasa lepas," katanya.

tom2

Tom masih dalam rundingan untuk merealisasikan impiannya berlakon di angkasa lepas.

Keseluruhan konsep ini bukan sahaja menjadikan Tom sebagai pelakon pertama yang melakukan penggambaran filem di angkasa, malah dia juga bakal melangkah keluar melakukan perjalanan sebenar di angkasa lepas.

Terdahulu, Tom pernah dikhabarkan akan bekerjasama dengan syarikat SpaceX milik Elon Musk untuk ke angkasa lepas, namun belum ada pengesahan dibuat oleh SpaceX setakat hari ini.

Untuk rekod, filem lakonannya Top Gun: Maverick merupakan filem paling berjaya pada tahun ini selepas mengutip jualan AS$ 1 bilion (RM4.4 bilion) dalam carta filem box office.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain