suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melly Goeslaw pernah jadi mangsa diskriminasi kerana berbadan gempal, pereka fesyen enggan taja pakaian

Melly berjaya turunkan berat badan selepas pembedahan bariatrik.

PENYANYI Melly Goeslaw mendedahkan pernah menjadi mangsa diskriminasi daripada pereka fesyen gara-gara bentuk badannya yang berisi sebelum ini.

Perkara tersebut berlaku ketika sebuah acara di mana ramai artis lain yang terlibat mendapat baju tajaan namun tidak untuk dirinya.

Dalam masa sama, Melly juga memberitahu ada dua orang pereka fesyen sehingga kini masih belum menyiapkan bajunya selepas hampir dua tahun atas alasan terlupa.

ARTIKEL BERKAITAN: Melly Goeslaw kongsi foto terbaharu selepas dua bulan jalani pembedahan bariatrik, berjaya turun 16 kilogram

“Ketika badan saya masih gemuk, ada sebuah acara televisyen di mana semua artis mendapat baju tajaan kecuali saya.

“Ada beberapa pereka fesyen yang tidak mahu membuat baju baru untuk saya.

“Sehingga kini saya masih ingat ada dua individu yang belum siapkan tempahan baju saya. Sudah dua tahun saya tempah,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

Penyanyi lagu Gantung itu bagaimanapun tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak tersebut kerana percaya pasti akan bertemu dalam lingkungan dunia hiburan.

Melly sebelum ini mengakui melakukan pembedahan bariatrik pada Julai lalu akibat masalah berat badan yang dialami.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain